fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Majlis Perjumpaan Timbalan Akauntan Negara (Operasi), YBrs. Puan Noorlida binti Mohd Khalid bersama warga perakaunan Negeri Melaka telah diadakan pada 31 Julai 2025 bertempat di Hotel Mudzaffar, Melaka.

Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP), Tuan Haji Zaharin bin Othman, Pengarah Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan (BPPP), Tuan Tarmizi bin Tamby Chik dan juga pegawai-pegawai kanan Ibu Pejabat JANM serta melibatkan kehadiran seramai 250 orang warga perakaunan dari seluruh Negeri Melaka.

Program ini merupakan platform penting bagi menyampaikan amanat, memperkukuh hubungan kerja serta memperjelas hala tuju dan strategi pelaksanaan perakaunan di peringkat negeri.

LAPORAN AKTIVITI AKRAB JANM MELAKA 2025 7