- Memastikan pembayaran dibuat dalam tempoh tiga (3) hari kalendar dari tarikh arahan pembayaran diluluskan oleh PTJ.
- Memastikan:
- Pembayaran emolumen dibuat mengikut tarikh/jadual hari pembayaran gaji tahunan yang ditetapkan.
- Maklumat Penyata Gaji Bulanan dikeluarkan pada tarikh gaji.
- Maklumat Penyata Pendapatan Tahunan diproses dan dikeluarkan pada bulan Mac tahun berikutnya.
- Memastikan terimaan diperakaunkan dalam tempoh yang ditetapkan dalam AP78(a).
- Memberi maklum balas kepada pertanyaan berkaitan prosedur kewangan dan perakaunan dalam tempoh 15 hari bekerja dari tarikh pertanyaan diterima.
- Memastikan pemberitahuan akuan terima bagi aduan dan pertanyaan dikeluarkan dalam tempoh satu (1) hingga tiga (3) hari bagi sistem berikut:
- iGFMAS ServiceDesk
- Memastikan penyampaian kursus yang berkualiti dan skor penilaian kursus yang dijalankan ≥ 6.00.