Kursus Pengurusan Rekod dan Pelupusan Fail Secara Sistematik telah diadakan dengan jayanya pada 29 hingga 30 Jun 2026. Seramai 30 peserta telah hadir mewakili semua seksyen.
Objektif kursus :
1. Memberi pengetahuan tentang asas asas pengurusan rekod di pejabat awam selaras dengan peraturan dan perundangan pengurusan rekod.
2. Meningkatkan kefahaman mengenai sistem pengurusan rekod yang lebih efisien, keperluan menyelenggara, memelihara dan melupuskan rekod awam dengan betul.



