fb ikon  rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Kepada Semua PTJ Yang Diberi Khidmat Oleh JANM Negeri Melaka.

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Sebagaimana tuan sedia maklum, Kementerian Kewangan(MOF) dan Jabatan Akauntan Negara(JANM) telah mengeluarkan surat pengecualian semasa tempoh PKP seperti berikut dalam tahun 2020 :-

    2.1    Surat pengecualian Arahan Perbendaharaan dan Pekeliling Perbendaharaan dengan rujukan MOF.BSKK 600-2/2/3 Jilid 4(46) bertarikh 9 April 2020; dan

    2.2    Soalan lazim (FAQ) JANM bagi tempoh PKP yang telah diedarkan dengan rujukan BPOPP/SPO (Emel)/2020 (46) bertarikh 11 April 2020

3.    Sehubungan itu, pengecualian di dalam surat-surat di para 2 adalah terpakai kepada PTJ yang tidak dapat menjalankan operasi berikutan pandemik Covid-19.

4.    Justeru, Ketua Jabatan yang terlibat perlu menyenaraikan tugas kewangan yang tidak dapat diselesaikan dan memaklumkan kepada JANM Melaka (sekiranya berkenaan) bagi tujuan pemantauan. Pemakluman tersebut boleh dibuat melalui email berikut :-

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sekian, terima kasih.

Pengarah JANM Negeri Melaka
1 Jun 2021


Tel : 06-289 5000
Fax : 06-234 5201/5202/5207
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Surat Pengecualian MOF - PKP

FAQ JANM - PKP